Hayat rama-rama tidak lama, maksimum boleh hidup selama sebulan, sungguh sekejap. Hidup dalam kitaran yang hanya ada 4 peringkat, namun boleh jadi tarikan makhluk lain dalam Bumi ini, baik dari spesis haiwan, serangga, mahupun tumbuhan.
Ini kitar hidup rama-rama.
Rama-rama dikelaskan dalam keluarga serangga, memandangkan struktur organ rama-rama yang mudah, juga kitar hidup yang ringkas. Peringkat telur, kepada peringkat beluncas, memasuki peringkat pupa dan akhirnya terbentuk rama-rama pada peringkat dewasa - ringkas, namun cukup untuk membentuk hidupan yang sangat indah dan memukau pandangan, yang menambah warna pada kehidupan alam.
"A butterfly is an insect of the order Lepidoptera. Like all Lepidoptera, butterflies are notable for their unusual life cycle with a larval caterpillar stage, an inactive pupal stage, and a spectacular metamorphosis into a familiar and colourful winged adult form." - http://en.wikipedia.org/wiki/Butterfly
Ini struktur rama-rama dewasa.
Ini struktur rama-rama dewasa.
Sejenak aku terfikir, minda membanding kehidupan makhluk primitif seperti rama-rama dengan kehidupan makhluk bernama manusia yang serba sempurna yang telah Tuhan cipta. Betapa aku sungguh bersyukur dilahir sebagai manusia, dapat berfikir, merasai suka dan duka, menikmati indah dan agung alam dunia, sambil belajar memahami pengertian realiti hidup sebenar. Benar-benar aku kagum akan ciptaan Tuhan, yang menjadikan siang diterangi matahari dan malam dihiasi bulan dan bintang, yang menganugerahkan sungai dan lautan dilengkapi hidupan, yang menggerakkan awan dan menitiskan hujan, yang memasakkan gunung-ganang diliputi hutan, yang berkuasa menghidupkan dan mematikan. Namun mana saja manusia yang berterima kasih dengan semua nikmat ini? Atau setidak-tidaknya menghargai segala kemudahan yang telah tersedia? Lihat saja kemusnahan alam sekitar akibat tangan-tangan rakus manusia.
Aku juga manusia, sebab itu aku tahu manusia selalu lupa, leka dengan nikmat, mudah dipengaruh kesoronokan batil, yang akhirnya merosak hanyut kehidupan. Perkataan 'manusia' itu sendiri diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud lupa. Oleh itu berpesan-pesan kepada kebenaran antara sesama manusia adalah tindakan terbaik untuk menyelamatkan manusia daripada terus diburu alpa. Kerana hidup manusia juga secara puratanya memang singkat, walaupun tidaklah sesingkat rama-rama, namun kalau tidak dimanfaatkan dengan perkara yang menguntungkan, hidup singkat rama-rama itu lebih mulia. Masakan tidak, manusia dianugerah akal untuk membanding kebenaran dan kebatilan. Namun andai akal tidak mampu berbuat demikian, apalah yang membezakan manusia dan rama-rama yang tidak punya akal. Malah sedangkal-dangkal rama-rama mampu memberi manfaat kepada makhluk lain - memberi kedamaian kepada manusia yang melihat keindahan corak sayapnya atau makanan kepada serangga lain yang melengkapkan kitar semulajadi alam. Inilah yang aku katakan hidup yang mulia, yang dapat memberi manfaat kepada hidupan lain, tidak kira berapa lama mampu hidup.
Pemergian seorang sahabat aku baru-baru ini amat mengingatkan aku pada kehidupan yang sesingkat hidup rama-rama, menyentap keinsafan aku, kematian boleh menjemput tanpa ada kekangan umur. Memanglah setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati, tapi semasa nyawa masih dikandung badan, aku mahu segala yang aku impi akan sempat aku realisasi. Semua manusia pasti punya impian, walaupun impian yang hanya mampu jadi angan-angan, kerana manusia punya kemahuan, punya tututan nafsu. Namun realitinya bukan semua manusia punya kesungguhan, sebab itulah impian hanya tinggal angan-angan, dan angan-angan bisa mati bila putus asa. Aku tidak mahu impian aku cuma jadi angan-angan. Aku juga bukanlah manusia yang mampat dengan kesungguhan. Selalu aku cepat mengalah kalau kecundang di pertengahan jalan. Aku mahu bunuh terus putus asa yang mahu bangkit. Sebab aku bukan rama-rama yang punya sayap mempesona.
Inilah hasilnya. Aku sangkut pada dinding kabinet dalam ruangan seni yang aku memang sediakan. Walaupun keluasan ruangan seni itu hanya lebih kurang 30cm x 40cm, tapi aku puas dapat lihat ruangan comel itu hampir penuh. Harap-harap rama-rama itu tidak akan jadi rama-rama jadian bila bulan mengambang dan terbang lalu menggigit-gigit kulit halus-sawo-matang aku. Ohh...!!

No comments:
Post a Comment